30 Mei 2010

Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)

Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)

Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara.
Candi Borobudur di pulau Jawamerupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di Nusantara.

Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai yang bertarikh 400 SM.

Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.

Sumatera
  1. Kerajaan Srivijaya
  2. Kerajaan Keritang
  3. Kerajaan Melayu Jambi/Kerajaan Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi
  4. Kerajaan Sekala Brak
Semenanjung Melayu
  1. Kerajaan Gangga Negara
  2. Kerajaan Langkasuka
  3. Kerajaan Pan Pan
  4. Kerajaan Kedah Tua
  5. Kerajaan Chi Tu/Kerajaan Tanah Merah




Jawa
  1. Kerajaan Salakanagara
  2. Kerajaan Tarumanagara
  3. Kerajaan Sunda Galuh
  4. Kerajaan Isyana
  5. Kerajaan Kalingga
  6. Kerajaan Mataram Kuno (Hindu)
  7. Kerajaan Medang
  8. Kerajaan Kahuripan
  9. Kerajaan Kediri
  10. Kerajaan Kanjuruhan
  11. Kerajaan Janggala
  12. Kerajaan Jawa Dwipa
  13. Kerajaan Singhasari
  14. Kerajaan Majapahit
  15. Kerajaan Pajajaran
  16. Kerajaan Blambangan
  17. Kerajaan Sailendra
  18. Kerajaan Sanjaya
Vietnam
  1. Kerajaan Champa
sumber : wikipedia
Borneo
  1. Kerajaan Kutai
  2. Kerajaan Po Ni
  3. Kerajaan Banjar
  4. Kerajaan Negara Daha
  5. Kerajaan Negara Dipa
  6. Kerajaan Tanjung Puri
  7. Kerajaan Nan Sarunai
  8. Kerajaan Kuripan



Tidak ada komentar:

Posting Komentar